Angelina Jolie?
Umum mengetahui pasangan aktres dan aktor terkenal Hollywood ini, Brad Pitt dan juga Angelina Jolie merupakan pasangan yang romantik dan saling melengkapi. Bukan itu sahaja, sebelum ini tersebarnya kisah “8 Foto Angelina Jolie Dan Brad Pitt Terbang Kelas Ekonomi Yang Sweet!” menunjukkan pasangan ini sepertinya tiada apa-apa masalah antara mereka.
Namun, sangat terkejut dengan khabar angin yang mengatakan mereka bakal menamatkan hubungan sebagai pasangan bahagia selama 10 tahun ini malah Brad Pitt juga mengakui ia merupakan satu kesilapan besar mengahwini isterinya itu.
Menurut sumber mengatakan punca utama mereka menghadapi krisis rumah tangga ini kerana sikap Angelina Jolie sendiri yang akhirnya menyebabkan Brad Pitt bosan.
Angelina dikatakan terlampau ‘bossy’ atau dengan kata lain gemar memerintah suaminya malah pernah menjatuhkan air muka suami di hadapan ahli keluarga mereka.

“Dia (Angelina) suka memerintah suaminya secara suka-suka. Malah Angelina sudah beberapa kali menjatuhkan maruah suaminya di hadapan ahli keluarga mereka. Perkara ini membuatkan Brad Pitt tidak tahan lagi dan menganggap pernikahan mereka adalah satu kesilapan besar,” jelas sumber terdekat.
Mungkin sekali disebabkan tidak mampu untuk bertahan lagi mereka akhirnya membuat keputusan untuk bercerai walaupun sudah berusaha kembali tinggal bersama namun tetap gagal.
0 comments:
Post a Comment