Muat Naik Foto Selfie Atas Katil Satu Kesilapan Besar!!!!



Baru-baru ini hangat seketika apabila Ekin AF3 dan Yazer berkongsi gambar mesra diatas katil di laman sosial telah mendapat kritikan hebat dari ramai pihak. Lebih hangat lagi Ekin telah membalas semula komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.
Menyedari tindakan beliau yang menjadi bualan ramai , Yazer kini akui ia adalah satu kesilapan besar. Beliau pada mulanya tidak menyangka tindakan yang dilakukan itu menjadi kontroversi hangat dan mendapat kritikan dari pelbagai pihak.

“Jujurnya kami tidak sangka foto tersebut akan menimbulkan isu di kalangan netizen.

“Apabila ia menjadi viral, ia membuatkan saya gelisah. Saya belajar daripada kesilapan tersebut iaitu walaupun kami suami-isteri, apabila timbulnya isu seperti ini, ia agak sensitif di kalangan masyarakat,” katanya.

Pada awal Mei lalu, pasangan suami-isteri ini menjadi perhatian selepas sekeping gambar selfie di atas katil dikongsikan di akaun sosial masing masing.

Yazer yang cuba mengelak dari dilanda kontroversi sebelum ini kini lebih peka dalam setiap tindakan mereka dan berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan.

“Dari dulu lagi saya cuba elak daripada terjerumus dengan kontroversi. Saya mahu orang melihat kerjaya saya yang berkembang. Tetapi sebaliknya pula berlaku.
“Apa-apapun kami akan lebih berhati-hati selepas ini,” ujarnya.




Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment