Luna Maya Bercinta Dengan Seorang Usahawan!!

Nampaknya Luna Maya lebih terbuka untuk berkongsi kisah cinta hatinya kepada umum apabila dilihat memuat naik gambar paparan skrin perbualan antara dirinya dan cinta hati.

Gambar yang bertulis kapsyen ‘Hurry back, Miss you tau’, jelas sekali memamparkan perasaan kerinduan terhadap kekasih hati yang dikhabarkan usahawan bernama Reino Ramaputra Barack atau lebih dikenali dengan nama Reino Barack.

Kisah percintaan antara mereka memang tidak dapat diselindung lagi kerana rata-rata sudah sedia maklum akan hubungan mereka. Bukan itu sahaja, Luna sendiri sudah semakin terbuka dengan kisah percintaannya kini.

Akuinya semakin bahagia dengan cinta baharu, Luna enggan mengingati kembali kisah cinta lamanya bersama Aeril iaitu bekas vokalis kumpulan Peter Pan.



“Ya, saya sekarang 100 peratus bahagia. Mr R lebih muda daripada saya. Sungguhpun begitu, usia bukan penghalang untuk kami menjalin cinta yang sudah berputik sejak setahun setengah lalu.

“Walaupun saya sibuk dengan kerja saya, tetapi beliau seorang yang memahami. Lagipun beliau sendiri sibuk dengan kerjanya,” kata Luna.


Bukan kami sahaja, malah ramai peminat Luna Maya inginkannya berkahwin dengan Mr. R dengan secepat mungkin. Tak sabar agaknya nak melihat idola mereka di majlis bahagia.

 Walaubagaimanapun, menurut Luna mereka pernah berbincang soal perkahwinan tetapi masih belum memutuskan tarikh dan waktu sesuai untuk mereka disatukan.


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment