
Walaupun telah putus tunang Adira dikatakan masih lagi menyimpan perasaan dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin. Mungkin perkataan sayang adalah perkataan yang sukar diluahkan, maklumlah bercinta, bertunang dan tup tup tak jadi. Fuh! memang mengambil masa untuk lupakan kisah lama.
Adira berkata dia telah moved on kerana perkara putus tunang telah berlaku sejak April lalu. Selama ini Adira tidak bercerita sebab mahu jaga nama baik keluarga tetapi disebabkan bekas tunangnya memberi kenyataan, jadi Adira terpaksa mengiyakan sahaja.
Adira berkata dia telah moved on kerana perkara putus tunang telah berlaku sejak April lalu. Selama ini Adira tidak bercerita sebab mahu jaga nama baik keluarga tetapi disebabkan bekas tunangnya memberi kenyataan, jadi Adira terpaksa mengiyakan sahaja.

“Saya boleh katakan masih sayang dia dan hati itu masih ada. Malah keluarga terutama ibu saya juga sayang pada dia tetapi saya anggap kami tidak ada jodoh.“Namun buat masa ini, fokus saya sekarang pada famili dan karier saya,”
Yang paling kelakar apabila Adira membuat kenyataan dia tidak serik bercinta andai tiba masanya dan baginya sendiri biarlah masa yang menentukan segala-galanya. Yang paling penting Adira tidak menolak sekiranya berjodoh dengan sesiapa pun.
Ehem, tetapi gambar memori pertunangan Adira dan Shahrul Nasrun Kamarudin di instagram milik Adira masih belum di buang sehingga mencetuskan tanda tanya peminat. Rata-rata melahirkan rasa simpati kepada penyanyi cantik ini.
Kami dari Gosip Malaysia mendoakan agar Adira bertemu jodoh yang sesuai dan pesanan kami jangan bercinta lama-lama terus ambil pendekatan dengan berkahwin. Lagipun cinta lepas nikah itu lebih indah. Eh!
0 comments:
Post a Comment